ape keistimewaan dia? kenapa segalanya kerana dia? apa yang membuatkn dia begitu berharga?
soalan2 aku pn masih mencari jawapannya... aku xtahu... cuma yang aku tahu, segala apa yang aku cuba lakukan , Lillahitaalla hanya kerana dia dan ibubapanya...
Siapa dia?
dia yang ku kenali dari sebuah laman sembang (aplikasi wechat) tidak lama dahulu...
dia yang ku kenali secara umumnya sama sperti kebanyakan wanita di luar sana... periang, keanak-ankkan, manja dan agak memiliki sedikit sifat lelaki... tp dia bkn tomboy... dia tetap memiliki jiwa seorg wanita...
mungkin dari susuktubuhnya menampakkan dia seakan2 lelaki...
aku knalnya ketika dia dlm kesunyian dan kesedihan... waktu tu aku sperti biasanya mnjadi pndegar lluahan rasa bg yg memerlukn... aku gembira mnjadi tempat insan lain mengadu... sekurang2nya aku mampu meredakn kesedihan seseorg hanya sbgai pendegar walau aku xmampu lakukn lbh dari itu...
kebiasaannya aku lbh suka pesakitku (org2 yg nk meluahkn kesedihan) cariku ketika mereka susah, dn jauhkn diri apabila bahagia... sbb aku cma nk jd tmpat org luah kesedihan... n aku gembira bila pesakitku dpt hidup ceria kembali walaupn aku sndiri terumbang ambing... tp bagiku ku harap semua itu hanya lah saham ku di 'sana' nnt... sbb tu aku terus lakuknnya...
berbalik kepada dia.. pada awalnya aku anggapnya xlbh drpd lain pesakitku. xterlintas aku akn mengenalinya lbh dr spatutnya...
dia yg kesedihan... perlukn lebih dr luahan rasa... ya.. dia perlukn perhatian... aku lakukn ape yg xpernah aku lakukn kpd pesakitku yg lain... aku bertemu muka dengannya...
bermulalah dari itu.... aku mengenalinya dgn lbh dekat... ibubapanya... sahabatnya.. kawan2nya... latarblakangnya serta masa lampaunya...
mmg... setiap insan xkn sempurna... xlepas dr khilaf... termasuk diriku... namun.. dari hari itu, brmulalh kisah aku dengannya...
dlm masa yang sama aku mahu menariknya kembali ke pangkal jln... aku ingin pulangkn dirinya yg betul2 dirinya ke pangkuan ibubapanya...
seorg ank yg terbiasa dgn hidup sbgai pelajar.. terpengaruh ngn sosial jiwa remaja.... tp bkn beerti dadah atau masalah rempit pulak.. ni lebih kepada hati n mencari identiti diri....
diusia 23 tahun, mmg muda bg kebanyakn org... tp adakah di usia muda ni lah kita nk merosakn masa depan kita? jgn nnt "usia muda untuk di nikmati, masa tua untuk di sesali"...
hidup mmg mudah bg org berusia 23 tahun... tp kebanyakkannya terlalu di permudahkn... xfikirkn jalan mana nk dituju... itulah darah muda.. tp ada juga yg berusia sedemikian sudah matang ...
Dalam masa aku mengenalinya... aku terasa tertarik untuk menguji diriku untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan ku... aku ingin menggilap satu dari jutaan batu di tepi jalan sehingga ia jd bernilai... sekurang2 sedap mata memandang untuk dijadikan perhiasan di rumah...
aku xcari kesempurnaan... yang aku cari kekuatan batu itu...
jika aku mahu kesempurnaan... aku memilih berlian... tp bkn itu yg aku cari... lantas aku sahut cabaran itu dn secara xterduga, aku menyayangi dia...
sebab itu... wujudlah blog ini yang mewakili apa yg ku rasa. blog ini ku namakn sebagai....
SegalanyaKeranaDia... NHAM...